Friday, November 19, 2010

PERNIAGAAN PELANSINGAN

Industri pelansingan satu bidang yang menjanjikan pulangan lumayan dewasa ini. Pusat-pusat pelangsingan tumbuh bagai cendawan di kotaraya sampai ke pekan kecil. Selebriti dan artis digunakan sebagai duta pusat-pusat pelangsingan. Bayanglah keuntungan yang mereka kaut sehingga boleh membayar sekumpulan selebriti menjadi duta atau model mereka.

Tidak kurang pula produk ubatan dan makanan kesihatan yang didakwa mujarab untuk melangsingkan badan dengan selebriti dan artis yang dilantik menjadi duta produk. Pengiklanan memain peranan penting dalam staretegi pemasaran produk.

Pengeluar mendakwa produk mereka bertindak menghancur lemak dalam badan, membuang lendir dan toksin, membuat anda kenyang dan sebagainya. Ada yang mendakwa anda TIDAK PERLU BERLAPAR DAN BERSENAM untuk kurus sekiranya mengambil produk tertentu.

Suatu masa dulu pihak berwajib pernah merampas ubat-ubatan atau produk berkaitan pelanngsingan kerana boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan pengguna. Ada yang mendakwa kesan ubat hanya sementara.

Sekiranya anda masih gagal mencapai berat badan ideal, jangan putus asa. Bab kata perpatah " dimana ada kemahuan disitu ada jalan" .

Sebelum memulakan program pelansingan anda perlu mengtahui berat badan ideal anda terlebih dahulu. Sebagai asas anda boleh layari http://pelangsinganbadan.blogspot.com

Thursday, November 18, 2010

PROGRAM PELANSINGAN BADAN CARA SEMULAJADI DAN BERKESAN

KEGEMUKAN/ OBESITI

Terjadi apabila seseorang mempunyai berat badan 25% melebihi berat badan ideal. Terjadi akibat tabiat makan yang melebihi keperluan badan serta tidak melakukan senaman. Secara purata seorang memerlukan lebih kurang 2,000 kalori sehari untuk mengekal berat badan kecuali ahli sukan dan buruh kasar memerlukan 4,000 kalori.

BAHAYA OBESITI.

Tidak menarik, ancaman penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, sendi dan lain-lain. Mereka mudah terpengaruh dengan pembelian produk pelangsing.

SEBAB GEMUK

Makan berlebihan, aktiviti harian rendah, banyak makan makanan berlemak dan minum minuman manis serta makan makanan masin.

TERLEBIH MAKAN

Dalam masa setahun, berat badan anda boleh bertambah 24 kg sekiranya diet harian anda membekalkan lebihan 500 kalori tenaga yang tidak digunakan sehari. Tenaga berlebihan yang tidak digunakan akan ditukar kepada lemak dalam badan untuk disimpan. Setiap 15,000 kalori tenaga yang tidak digunakan akan menghasilkan lebih kurang 2 kg lemak dalam badan.

TENAGA

Zat makanan yang dimakan akan dibakar dalam badan untuk menghasilkan tenaga bagi membolehkan kita melakukan aktiviti harian. Tenaga berlebihan yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dalam bentuk lemak. Tenaga disukat dalam unit kalori.

Anggaran tenaga yang dihasilkan daripada pemakanan adalah seperti berikut:-
i) Setiap 1 gm karbohidrat menghasilkan 4 kalori tenaga.
ii) Setiap 1 gm lemak menghasilkan 9 kalori tenaga.
iii) Setiap 1 gm protin menghasilkan 4 kalori tenaga.

Sebagai contoh anggaran  tenaga yang dihasilkan oleh 100 gm susu adalah sebagaimana berikut :-
i) Setiap 100 gm susu mengandungi 4.85 gm karbohidrat yang menghasikan 19.40 tenaga.
ii) Setiap 100 gm susu juga mengandungi 3.68 gm lemak yang menghasilkan 14.72 kalori tenaga.
iii) Setiap 100gm susu juga mengandungi  3.80 gm protin yang menghasilkan 34.20 kaloro tenaga.
iv) sebab itu jumlah tenaga yang dihasilkan oleh 100 gm susu ialah 68.32 kalori.

KEGENDUTAN/ PERUT BUNCIT

Masalah kegendutan dapat diatasi sekiranya seorang itu mengekalkan berat badan ideal. Kegendutan akan berlaku jika berat badan anda melebihi 20% daripada berat badan ideal.

Faktor utama menyumbang kepada kegendutan ialah tabiat makan yang melebihi keperluan badan. Terutama mengambil kabohidrat dan lemak yang berlebihan. Kegendutan membawa resiko sakit jantung, hipertensi dan dibetis.

Diabetis dan hipetensi selalu dikaitkan dengan pengambilan gula dan garam berlebihan.

KOLESTROL

Pengambilan kolestrol yang tinggi akan mengakibatkan dinding salor darah mengecil, akhirnya membawa risiko sakit jantung.

PROGRAM PELANGSINGAN

Berat badan pada asasnya bergantung kepada perseimbangan antara jumlah makanan yang diambil dengan jumlah tenaga yang digunakan. Lebihan kalori yang tidak digunakan akan ditukar kepada lemak bagi disimpan dalam badan. Proses ini akan menambah berat badan.

Sebaliknya, lemak yang disimpan dalam badan akan dibakar apabila seseorang melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga seperti bekerja dan bersenam, akibatnya berat badan akan berkurangan.

KAEDAH PELANGSINGAN

Terdapat 3 kaedah utama pelangsingan sebagaimana berikut ;-
i) Pengambilan ubat-ubatan.
ii) Diet
iii) Cara semulajadi (Diet dan bersenam )