Friday, November 19, 2010

PERNIAGAAN PELANSINGAN

Industri pelansingan satu bidang yang menjanjikan pulangan lumayan dewasa ini. Pusat-pusat pelangsingan tumbuh bagai cendawan di kotaraya sampai ke pekan kecil. Selebriti dan artis digunakan sebagai duta pusat-pusat pelangsingan. Bayanglah keuntungan yang mereka kaut sehingga boleh membayar sekumpulan selebriti menjadi duta atau model mereka.

Tidak kurang pula produk ubatan dan makanan kesihatan yang didakwa mujarab untuk melangsingkan badan dengan selebriti dan artis yang dilantik menjadi duta produk. Pengiklanan memain peranan penting dalam staretegi pemasaran produk.

Pengeluar mendakwa produk mereka bertindak menghancur lemak dalam badan, membuang lendir dan toksin, membuat anda kenyang dan sebagainya. Ada yang mendakwa anda TIDAK PERLU BERLAPAR DAN BERSENAM untuk kurus sekiranya mengambil produk tertentu.

Suatu masa dulu pihak berwajib pernah merampas ubat-ubatan atau produk berkaitan pelanngsingan kerana boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan pengguna. Ada yang mendakwa kesan ubat hanya sementara.

Sekiranya anda masih gagal mencapai berat badan ideal, jangan putus asa. Bab kata perpatah " dimana ada kemahuan disitu ada jalan" .

Sebelum memulakan program pelansingan anda perlu mengtahui berat badan ideal anda terlebih dahulu. Sebagai asas anda boleh layari http://pelangsinganbadan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment